Friday 22 April 2011

cikgukhatijah.blogspot.com

Cita-citaKU

Inilah kereta impianku tetapi tidak sampai kesudahannya

Bhg C (Pengajaran )

BAHAGIAN C

Pada cuti sekolah yang lalu, Amin, Raju, Ah Seng dan Ridzuan telah berkunjung ke Muzium Negara. Mereka berkunjung ke sana untuk mengetahui warisan dan sejarah negara yang banyak terdapat di sana.
Mereka pergi ke sana dengan menaiki bas awam. Mereka semua beratur semasa menaiki bas. Semasa di dalam bas Amin melihat seorang wanita tua berbangsa India terpaksa berdiri kerana semua tempat duduk telah penuh. Amin menegur perempuan itu dengan sopan dan menyuruh perempuan itu duduk di tempat duduknya. Kawan Amin, Si Raju telah menulis sesuatu pada dinding bas. Perbuatannya itu telah ditegur oleh Ah Seng. Pada mulanya Raju agak marah kerana Ah Seng telah menegur perbuatannya itu. Setelah dinasihati oleh Ridzuan, Raju sedar akan kesalahannya dan memohon maaf kepada Ah Seng.
Setelah sampai di sana mereka semua beratur untuk membeli tiket. Terdapat arahan yang menyatakan pengunjung yang ingin membawa masuk kamera perlu membayar sebanyak RM 10. Oleh kerana ingin mengambil gambar di dalam muzium mereka telah berkongsi membayar wang sebanyak RM10 itu.
Semasa di dalam muzium mereka melihat banyak sejarah dan warisan bangsa yang dipamerkan. Mereka amat tertarik dengan keunikan Batu bersurat Terengganu yang dipamerkan disitu.Melalui Batu bersurat itu, mereka mengetahui maklumat tentang kehidupan masyarakat silam. Semua maklumat itu, mereka catatkan dalam buku catatan yang dibawa bersama.
Sebelum meninggalkan muzium, penyambut tetamu yang bertugas mengucapkan terima kasih kepada mereka dan menjemput mereka datang lagi ke Muzium Negara. Mereka membalas ucapan terima kasih itu.

Antara pengajaran dalam teks:

  1. Amin, Raju, Ah Seng dan Ridzuan- bersahabat baik
  2. beratur- mematuhi peraturan
  3. menegur perempuan itu dengan sopan- menghormati
  4. menyuruh perempuan itu duduk di tempatnya- bertimbang rasa
  5. menulis sesuatu pada dinding bas- menjaga kebersihan
  6. ditegur oleh Ah Seng- menasihati
  7. memohon maaf- insaf
  8. berkongsi membayar wang- jimat cermat
  9. mengucapkan terima kasih- menghargai

Bhg C

                                              BAHAGIAN  C
                                    ( Masa yang dicadangkan : 20 minit)
                                                   ( 20 markah )

 Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di-
 bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


       Internet membolehkan pengguna di seluruh pelosok dunia berhubung dengan mudah.Bagi pelajar Malaysia yang berada di seberang laut, kemudahan Internet menyenangkan mereka untuk berhubung dengan keluarga. Ibu bapa pula dapat mengetahui tentang perkembangan anak mereka dengan lebih kerap. Tambahan pula, bayaran perkhidmatan Internet lebih murah berbanding dengan perkhidmatan telefon. Selain itu, kita berpeluang berkenalan dan bertukar-tukar fikiran dengan seluruh masyarakat dunia melalui ruangan berborak di Internet. Oleh itu, nyatalah Internet mempunyai kebaikan kepada kehidupan manusia. Kita perlu bijak memilih bahan-bahan yang disiarkan di dalam laman web. Kita juga harus menerima hakikat bahawa kemajuan Internet turut menyumbang kepada perkembangan intelek manusia. Semasa meneroka dan merayau di internet, seseorang individu perlu mempunyai disiplin diri yang mantap dan sikap yang berhemah supaya tidak terbabas ke laman web yang tidak beretika yang boleh merosakkan ahlak para remaja.


Laporan Sukan

Laporan Sukan Tahunan
Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong Machang, Kelantan

          Pada 7 MAC 2011 bersamaan hari Rabu, sekolah kami telah mengadakan sukan tahunan yang keduapuluh. Sukan yang diadakan di padang sekolah itu dimulakan pada pukul 2.00 petang.
          Pada pagi itu, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias. Beberapa orang pekerja sekolah, guru, dan murid berganding bahu menyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan ditengah-tengah padang. Bendera rumah pasukan, bendera negeri Kelantan, dan Jalur Gemilang dikibarkan dibahagian depan astaka.
         Keadaan cuaca pada hari itu sangat baik, redup dan berangin. Semua penonton, termasuk ibubapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan pada pukul 1.30 tengah hari.
          Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Machang telah tiba tepat pada waktu yang dijangkakan. Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar dan ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.
          Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan dengan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk berehat pada pukul 3.30 petang. Semasa berehat, diadakan pertunjukkan senaman beramai-ramai oleh murid-murid Tahun Lima dan Tahun Enam.
          Acara sukan disambung semula pada pukul 4.00 petang. Acara lari 4x100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 5.30 petang, semua acara sukan tamat dijalankan dan disusuli upacara penyampaian hadiah. Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan kali ke-10 ialah pasukan Rumah Biru. Sebelum bersurai pada pukul 6.00 petang, semua jemputan menikmati jamuan ringan yang diadakan di kantin.

Disediakan oleh,                                                                                   20 MAC 2011

……… ………....
(EN YAACOB HJ MAT ZIN)
Setiausaha,
Kelab Sukan dan Rekreasi

Salam Untuk Semua Guru BM UPSR 2011


Contoh Masjid Terapung
myskam.blogspot.com

langkah edit gambar

LOGO SEKOLAH
SK  PULAI  CHONDONG
16600 MACHANG
KELANTAN