BAHAGIAN C
Pada cuti sekolah yang lalu, Amin, Raju, Ah Seng dan Ridzuan telah berkunjung ke Muzium Negara. Mereka berkunjung ke sana untuk mengetahui warisan dan sejarah negara yang banyak terdapat di sana .
Mereka pergi ke sana dengan menaiki bas awam. Mereka semua beratur semasa menaiki bas. Semasa di dalam bas Amin melihat seorang wanita tua berbangsa India terpaksa berdiri kerana semua tempat duduk telah penuh. Amin menegur perempuan itu dengan sopan dan menyuruh perempuan itu duduk di tempat duduknya. Kawan Amin, Si Raju telah menulis sesuatu pada dinding bas. Perbuatannya itu telah ditegur oleh Ah Seng. Pada mulanya Raju agak marah kerana Ah Seng telah menegur perbuatannya itu. Setelah dinasihati oleh Ridzuan, Raju sedar akan kesalahannya dan memohon maaf kepada Ah Seng.
Setelah sampai di sana mereka semua beratur untuk membeli tiket. Terdapat arahan yang menyatakan pengunjung yang ingin membawa masuk kamera perlu membayar sebanyak RM 10. Oleh kerana ingin mengambil gambar di dalam muzium mereka telah berkongsi membayar wang sebanyak RM10 itu.
Semasa di dalam muzium mereka melihat banyak sejarah dan warisan bangsa yang dipamerkan. Mereka amat tertarik dengan keunikan Batu bersurat Terengganu yang dipamerkan disitu.Melalui Batu bersurat itu, mereka mengetahui maklumat tentang kehidupan masyarakat silam. Semua maklumat itu, mereka catatkan dalam buku catatan yang dibawa bersama.
Sebelum meninggalkan muzium, penyambut tetamu yang bertugas mengucapkan terima kasih kepada mereka dan menjemput mereka datang lagi ke Muzium Negara. Mereka membalas ucapan terima kasih itu.
Antara pengajaran dalam teks:
- Amin, Raju, Ah Seng dan Ridzuan- bersahabat baik
- beratur- mematuhi peraturan
- menegur perempuan itu dengan sopan- menghormati
- menyuruh perempuan itu duduk di tempatnya- bertimbang rasa
- menulis sesuatu pada dinding bas- menjaga kebersihan
- ditegur oleh Ah Seng- menasihati
- memohon maaf- insaf
- berkongsi membayar wang- jimat cermat
- mengucapkan terima kasih- menghargai
No comments:
Post a Comment